Kemalangan Maut Setiap 84 Minit. Lindungi Diri Dengan Liberty Tenang, Bermula Rm75 Sebulan

Setakat hari ini, separuh daripada populasi Malaysia tidak mempunyai perlindungan insurans. Kadar yang membimbangkan ini telah menyebabkan kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk membantu menjadikan insurans lebih mampu milik, terutama dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Dalam pembentangan belanjawan 2022, kumpulan B40 layak untuk menebus baucar bernilai RM75 untuk membeli pelan Insurans Perlindungan Tenang.

Inisiatif itu adalah untuk memastikan lebih ramai warga Malaysia dapat memiliki insurans. Ia pastinya mampu melindungi mereka daripada kejadian yang tidak diingini.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bakri Zainal Abidin memberitahu, statistik menunjukkan seorang pengguna jalan raya meninggal dunia akibat kemalangan dalam setiap 84 minit dan kebanyakannya adalah penunggang motosikal.

Kemalangan mengejut biasanya akan menyebabkan mangsa ditimpa kesusahan, terutama dari segi kewangan untuk membiayai bil perubatan yang tinggi, atau kos pengebumian.

Sebab kenapa anda tidak patut lepaskan peluang ini:

1. Mampu Milik – Peluang Yang Tidak Harus Dilepaskan • Salah satu sebab utama mengapa terdapat ramai masih belum memiliki perlindungan insuran adalah kerana kos insurans yang tinggi. Liberty Tenang telah direka dengan harga mampu milik dengan pelan-pelan yang berbeza, disesuaikan mengikut keperluan individu.

• Inisiatif Perlindungan Tenang juga dikecualikan daripada cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan Duti Setem buat semua pemohon. Bagi golongan B40, ini melibatkan baucar RM75 yang boleh digunakan untuk membeli pelan tersebut.

Pelbagai Manfaat – Jaringan Keselamatan lebih mantap • Dalam masa yang memerlukan, produk ini melindungi mangsa kemalangan dan keluarga mereka dengan meringankan beban kewangan dan mengurangkan tekanan.

• Selain daripada perbelanjaan perubatan, sesetengah pelan juga menawarkan perlindungan untuk kos ambulan, perbelanjaan penginapan hospital serta pendapatan dalam tempoh rawatan di hospital akibat kemalangan. Tidak lupa juga perbelanjaan pengebumian jika diperlukan, hilang upaya kekal dan pembedahan pergigian atau pembedahan pemulihan akibat kemalangan.

3. Proses semudah A, B, C • Tiada borang permohonan yang panjang untuk diisi, malah dengan hanya beberapa klik, anda akan mendapat perlindungan insurans dengan serta-merta. Begitu juga dengan proses tuntutan yang lancar dan efisien, dengan pilihan membuat tuntutan menggunakan telefon atau menerusi talian utama yang dikhaskan.

4. Pelan mengikut keperluan • Tiada satu pakej insurans yang mampu memenuhi setiap individu kerana kita mempunyai keperluan yang berbeza. Perlindungan yang mencukupi bagi sesetengah orang mungkin tidak memadai bagi orang lain.

• Kebanyakan pelan insurans adalah fleksibel kerana syarikat-syarikat insurans memahami akan jangkaan dan kemampuan kewangan setiap individu adalah berbeza.

Bagi menyokong inisiatif Perlindungan Tenang oleh kerajaan dan memastikan anda dan orang tersayang mendapat perlindungan daripada kejadian kecemasan yang tidak dijangka, Liberty Insurance telah melancarkan pelan insurans Liberty Tenang.

Dengan jumlah premium tahunan hanya RM75 atau lebih, bergantung kepada jumlah perlindungan yang diperlukan, Liberty Tenang merupakan pelan yang terbaik untuk semua pada masa sekarang.

Pelan insurans ini menawarkan perlindungan maksimum RM60,000 untuk kemalangan jiwa, kehilangan upaya kekal atau indemniti berganda akibat kemalangan di tempat awam.

Ia juga membiayai perbelanjaan perubatan akibat kemalangan, pembedahan gigi dan pemulihan, anggota palsu, manfaat kerusi roda, kos ambulan, perbelanjaan pengebumian serta elaun berkabung.

Terdapat tempoh “free-look” selama 15 hari, yang mana pemegang polisi boleh membatalkan polisi di dalam tempoh 15 hari daripada tarikh penerimaan polisi.

Selepas pembatalan, pemegang polisi akan menerima pulangan penuh bagi premium yang telah dibayar, jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh tersebut.

Bagi mereka yang masih belum menebus baucar Perlindungan Tenang, jangan berlengah lagi. Bertindak sekarang dengan memilih Liberty Tenang sebagai pilihan terbaik.

 

Read the full article here


Print