Apa Itu Kos Penambahbaikan Untuk Kereta Berusia Lima Tahun Dan Keatas?

Memiliki kenderaan berusia lebih daripada lima tahun ada kalanya mampu merungsingkan para pemilik disebabkan masalah alat ganti tulen yang sukar didapati, selain terpaksa bergantung harap kepada alat ganti terpakai, sekiranya ada.

Jadi, apabila sesebuah kenderaan itu terlibat dalam kemalangan dan memerlukan pembaikan, kos penambahbaikan (betterment cost) kebiasaannya akan dikenakan terhadap pemilik polisi insurans.

Berdasarkan kepada panduan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), kos penambahbaikan ini bertujuan untuk meletakkan pemilik di dalam kondisi kewangan yang sama seperti sebelum kemalangan berlaku.

Dalam sesetengah keadaan, kos penambahbaikan ini adalah digalakkan sekiranya penggantian yang dilakukan itu mampu meningkatkan kadar nilai jual balik sesebuah kenderaan.

Pemilik polisi juga berhak mendapat pilihan untuk menggantikan komponen yang terjejas dengan alat ganti terpakai sekiranya mereka tidak mahu membayar caj tambahan yang disebutkan itu tadi.

Namun, dengan penggunaan alat ganti serba baharu dilihat bakal mengembalikan semula keadaan kenderaan kepada kondisi asal sebelum kemalangan, selain bertindak sebagai lapisan perlindungan tambahan serta keselamatan kepada pemilik....

Read the Full Article here.

Download PDF here.


Print